วันพุธที่ 28 มกราคม พ.ศ. 2558

Taiwan rancang bina taman tema seks

Taiwan rancang bina taman tema seks


Yakin perkara berkaitan seks boleh dijual, Taiwan akan membina sebuah taman tema seks untuk menarik pelancong, dedah pegawai pelancongan republik itu.

Taman tema bernama “The Romantic Boulvard” (Jalan Berhias Romantik) itu dirancang dibina atas tanah sepanjang 37 batu di pesisir laut negara itu, lapor The Independent.

Laporan itu menyebut, taman tema itu dijangka menjadikan taman asmara di Jeju Korea Selatan yang dibuka pada 2004 sebagai model pembinaannya.

Taman itu dijangka dihiasi dengan arca kedudukan seks manusia dan haiwan serta ruang menarik untuk membolehkan pasangan mengambil gambar perkahwinan.

"Kami mahu orang ramai jatuh cinta dengan Taiwan, sepertimana mereka jatuh cinta ketika berada di Taiwan," kata pegawai pelancongan kanan Taiwan Shih Chao-hui, seperti dilapor portal yang memetik Wall Street Journal.

Bagaimanapun, terdapat pihak menolak rancangan itu atas alasan bakal merosakkan nama baik Taiwan di luar negara.


ไม่มีความคิดเห็น :

แสดงความคิดเห็น

Designed By Blogger Templates