วันอาทิตย์ที่ 8 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Jutawan nafi dalangi serangan pada Dr M

Jutawan nafi dalangi serangan pada Dr M


Jutawan Jho Low menafikan dakwaan bahawa beliau mendalangi serangan terhadap pemilik media Datuk Tong Kooi Ong dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Internet.Jurucakap Low berkata dakwaan itu “pelik” dan “palsu” kerana mangsa serangan itu dihormati beliau.“Encik Low sudah menyatakan secara terbuka, Low hormat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Nazir Razak dan Datuk Tong Kooi Ong serta mengiktiraf pencapaian profesional mereka,” kata jurucakapnya.Jurucakap itu juga berkata peguam Low sedang meneliti perkara itu dan akan membuktikan bahawa dakwaan Tong salah.“Berhubung laporan dan tuntutan guaman, peguam Low akan membangkitkan perkara itu langsung dengan peguam Tong bagi mengesahkan bahawa kenyataan itu palsu dan tidak masuk akal,” katanya.Tong, pemilik The Edge Media Group, Jumaat lalu mendakwa Low mendalangi serangan ke atasnya dan Mahathir melalui blog tertentu.Tong berkata beliau mengemukakan notis tuntutan rasmi ke atas Low agar menghentikan “penipuan jahat” terhadap beliau dan medianya The Edge dan The Malaysian Insider.Kandungan dalam blog berkenaan turut menyerang Nazir, tokoh korporat dan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib, kata Tong.[Baca berita asal]


ไม่มีความคิดเห็น :

แสดงความคิดเห็น

Designed By Blogger Templates