Ketua Umno bahagian jumpa Najib di PWTC
Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan ketua-ketua Umno bahagian Ahad ini akan diadakan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.Bercakap kepada Malaysiakini, seorang pemimpin Umno yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, mesyuarat itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 3 petang.
"Setakat ini 173 bahagian telah mengesahkan kehadiran mereka," katanya. Umno mempunyai sebanyak 191 bahagian di seluruh negara. Ia dianggap sebagai pertemuan solidariti bersama Najib (kanan) yang juga presiden Umno. Ia diadakan di tengah-tengah kontroversi yang menyelubungi perdana menteri, seperti pendedahan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Walaupun ketua penganjur pertemuan itu, ketua bahagian Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee menafi ia diadakan untuk menangani keretakan dalam parti itu, tetapi yang lainnya pula mendakwa ia akan memberi peluang kepada ketua bahagian untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu tertentu. [Baca berita penuh/asal]
ไม่มีความคิดเห็น :
แสดงความคิดเห็น