วันพุธที่ 4 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

ESSCom beri amaran pada Bajau Laut

ESSCom beri amaran pada Bajau Laut


Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun mengingatkan masyarakat Pala'u supaya tidak membiarkan diri mereka dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).Beliau berkata masyarakat Pala'u atau Bajau Laut tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah melanggar undang-undang negara.Katanya status mereka sebagai "orang Pala'u" yang hanya tinggal di dalam bot tidak boleh dijadikan alasan untuk penguatkuasaan undang-undang dikecualikan terhadap mereka."Oleh itu, saya menasihatkan mereka (masyarakat Pala'u) agar tidak biarkan diri mereka dieksploitasi atau bersekongkol dengan pihak musuh terutama penjenayah rentas sempadan."Saya ingin menegaskan tindakan keras akan diambil terhadap sesiapa sahaja termasuk orang Pala'u yang melanggar undang-undang negara ini ... tiada golongan yang terkecuali," katanya ketika menyampaikan taklimat keselamatan pada majlis pertemuan ESSCom dengan pemimpin masyarakat Pala'u dan pegawai-pegawai kerajaan daerah Semporna di Pejabat Daerah Semporna di Semporna hari- Bernama


ไม่มีความคิดเห็น :

แสดงความคิดเห็น

Designed By Blogger Templates